Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! (2016)


Filem terbaru siri animasi popular Upin & Ipin yang diterbitkan secara usahasama antara Les’ Copaque Productions dan KRU Studios ini ditayangkan di seluruh Malaysia pada 24 November 2016.

Filem 'Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!', diarahkan oleh Eirma Fatima merupakan sebuah filem animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Filem yang menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta mendapat pembiayaan FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Movie Trailer


Sinopsis

Mengisahkan Aqish (Puteri Balqis) iaitu seorang anak yatim yang sangat meminati Upin dan Ipin. Dia suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak Upin dan Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Aqish.

Aqish terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut. Dia mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Aqish kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin.


Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Aqish yang sedang kecewa. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Aqish bersetuju untuk pulang ke rumah perlindungan anak yatim.

Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal. Aqish kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut bersama dalam konsert tersebut. Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud.

Namun, pada konsert tersebut, Upin dan Ipin muncul dan membuat persembahan hebat hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin.

Poster Filem

Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close