Boboiboy The Movie (2016)


BoBoiBoy The Movie ialah filem arahan Nizam Razak yang telah ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei bermula daripada 3 Mac 2016 dan 18 Mac 2016 di Singapura serta 13 April 2016 di Indonesia. Filem ini merupakan filem pertama yang telah dihasilkan oleh Animonsta Studios (kini Monsta Studios). Filem ini merupakan filem animasi tempatan dengan kutipan paling tinggi melebihi RM17.48 juta.

Nizam Razak menyatakan bahawa filem ini menelan belanja sebanyak RM5 juta, dan beliau menggambarkan ianya sebagai 'nilai yang besar'. Filem ini dibuat dalam tempoh dua tahun. Tempoh masa asal bagi filem ini adalah 160 minit, tetapi ia telah dipendekkan kepada 100 minit untuk menepati piawaian filem kanak-kanak.

Lagu tema popular 'Masih Di Sini' daripada kumpulan Bunkface dan 'Di Bawah Langit Yang Sama' daripada kumpulan D'Masiv.

Movie Trailer


Sinopsis

Rakan robot BoBoiBoy, Ochobot, telah diculik oleh sekumpulan pemburu Sfera Kuasa makhluk asing bergelar geng 'Tengkotak' dengan tujuan menggunakan Ochobot untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa generasi pertama yang berkuasa tapi telah bersembunyi dari buruan pemburu sfera kuasa.

BoBoiBoy (Nur Fathiah Diaz) dan rakan-rakan kini perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mendedahkan rahsia disebalik misteri Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka melalui pengembaraan yang penuh dengan aksi, komedi dan air mata serta adegan-adegan yang menarik.

Poster Filem

Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close