Ejen Ali Episod 3 - Misi : SERI


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen wanita jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 3

Ejen Ali dan uncle Bakar menjalankan misi berdepan dengan sekumpulan samseng bermotor yang diketuai oleh Komeng. Sebagai seorang ejen baru yang kurang pengalaman, Ali mengalami masalah menjalankan misinya. Tiba-tiba seorang bertopeng telah muncul mengambil alih tugas Ali melawan para samseng tersebut.

Di sekolah, Ali telah didenda oleh pengawas sekolah yang juga rakan sekelasnya bernama Alicia. Rupa-rupanya Alicia juga merupakan ejen M.A.T.A dan mereka terkejut kerana perempuan bertopeng itu adalah Alicia dan ejen yang dibantu Alicia pada malam itu adalah Ali. Sementara itu, kumpulan samseng bermotor yang diketuai Komeng telah merancang melakukan aksi perompakan lagi. Ali dan uncle Bakar telah diarahkan menjalankan misi pengawasan pemindahan sejenis senjata berteknologi baru.


Tonton Online Ejen Ali Episod 3 - Misi : SERI

Ejen Ali Episod 03 - Misi : SERI (Bhg 1)

Ejen Ali Episod 03 - Misi : SERI (Bhg 2)

Ejen Ali Episod 03 - Misi : SERI (Bhg 3)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close