BoBoiBoy Galaxy Episod 10


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 10 - Ujian Kental

Episod bermula dengan Laksamana Tarung memasuki ke dalam bilik kadet, di mana BoBoiBoy dan Gopal sedang tidur di katil dua tingkat di Stesen Angkasa TAPOPS. Tarung memasuki bilik itu dan mengejutkan mereka yang akan mengambil ujian sekejap lagi, tetapi memberikan kelonggaran untuk sambung tidur setelah Gopal meminta untuk memberikannya masa lima minit untuk tidur.

Sebaik sahaja jam berbunyi tepat pada pukul 7:00 pagi, Tarung tiba-tiba berubah dari putih ke merah dan mengejutkan mereka secara kasar dengan melemparkan mereka dan katil mereka keluar daripada bilik, lalu mengingatkan mereka bahawa ujian akan bermula dalam masa 10 minit lagi. Setelah Tarung berlalu pergi, baru BoBoiBoy dan Gopal ingat akan sifat garang Tarung lalu dia mengimbas semula sewaktu mereka sampai ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam imbasan itu, BoBoiBoy, Gopal dan Fang sedang mengangkat beg-beg dobi di dalam lif. Laksamana Tarung yang berada di belakang mereka menawarkan pertolongannya untuk mengangkat beg-beg dobi itu tetapi ditolak oleh BoBoiBoy. Apapun Tarung tetap mengambil beg-beg dobi itu dari mereka dan mengangkatnya dengan sebelah tangan sahaja, membuatkan tiga ahli TAPOPS itu kagum melihat kekuatan Tarung. Mereka akhirnya sampai ke bilik kawalan dan Tarung mempersilakan mereka bertiga untuk berjalan di hadapannya, membuatkan Gopal mengulas kesopanan Tarung yang amat berbeza berbanding Cici Ko.

Apabila pintu terbuka, Fang berkata bahawa mereka telah sampai kepada Cici Ko dan beliau mula gelabah untuk mencari Laksamana Tarung lalu segera menunduk hormat.

Tarung berkata kepada Komander Koko Ci yang beliau telah mengetahui tentang keadaan TAPOPS kerana "budak-budak dobi" menceritakan kepadanya. BoBoiBoy kemudian mengakui bahawa mereka bukan budak dobi tetapi adalah ahli-ahli TAPOPS, yang mana menimbulkan kemarahan Tarung dan kulitnya berubah menjadi merah.

Apabila kembali pada waktu sebenar, BoBoiBoy dan Gopal memasuki ke arena dan melihat Yaya dan Ying sedang membuat warm up, seperti biasa, kedua-dua Yaya dan Ying pantang mendengar perkataan 'ujian'; pasti akan bersaing untuk mendapatkan tempat pertama. Kemudian, Fang tiba di arena dan mengucapkan selamat pagi. Gopal mengajak Fang untuk membuat warm up sekali, tetapi Fang berkata bahawa dia sudah lama mengambil ujian itu dahulu dan mendapat gred A lagi. Kemudian, Laksamana Tarung dan Komander Koko Ci pun tiba di arena.

Ujian yang pertama adalah Ujian EASY-A ataupun 'Exam Angkasa Susah Ya Ampun', yang mana merupakan ujian bertulis dan mereka mempunyai 30 minit sahaja untuk menjawab semua soalan. Yaya dan Ying dengan mudah menjawab semua soalan kerana mereka telah belajar di perpustakaan. Gopal menjawab secara rawak sementara BoBoiBoy berkata bahawa Ochobot pernah menceritakan tentang sejarah Power Sphera kepadanya, jadi BoBoiBoy rasa dia mungkin boleh menjawab soalan-soalan mengenai Power Sphera dalam ujian itu. Tarung berkata jika mereka gagal dalam ujian, mereka akan dicampak keluar dari stesen itu.

Apabila sampai waktu rehat, wira-wira sedang makan bersama Tarung dan kemudian beliau meminta izin untuk mengambil air setelah berasa tekaknya kering kerana terjerit-jerit sewaktu ujian tadi lalu beredar dari situ. Ying bertanya kepada Fang kenapa Tarung tiba-tiba menjadi baik diikuti dengan Yaya yang berkata selalunya Laksamana garang. Fang menjawab bahawa Laksamana hanya garang waktu beliau bekerja sahaja; iaitu dari pukul 7:00 pagi sehingga 7:00 malam, kecuali waktu rehat. Kemudian, Laksamana Tarung meminta maaf lalu memberitahu bahawa beliau garang adalah kerana beliau nampak potensi sebenar wira-wira itu. Apabila waktu rehat tamat, Laksamana Tarung kembali ke mood garang dan menyuruh mereka untuk masuk semula ke arena.

Ujian yang kedua adalah ujian survival, memasak secara berpasangan; BoBoiBoy dan Gopal, Yaya dan Ying. Laksamana Tarung menjelaskan bahawa bahan-bahan itu boleh menyelamatkan mereka jika mereka tersesat di planet asing, lalu ujian bermula sebaik sahaja diarahkan.

Apabila BoBoiBoy berkata bahawa bahan-bahan itu tampak aneh, Gopal segera menukarkannya menjadi bahan normal dan Yaya yang melihat menegurnya untuk tidak menggunakan kuasa. Namun, Laksamana Tarung berkata bahawa mereka boleh menggunakan kuasa dalam ujian ini, asalkan tidak menukarkan terus menjadi makanan. BoBoiBoy terus menyeru Kuasa Tiga lalu Gopal mengagihkan tugas kepada mereka; Tanah membasuh daun hijau, Petir menyalakan api manakala Daun memotong sayur-sayuran.

Yaya dan Ying juga menggunakan kuasa mereka, dengan Yaya menerapungkan bahan-bahan lalu dipotong oleh Ying dengan laju, kemudian baru terfikir apa yang mereka nak masak. Ying mencadangkan untuk membuat sup istimewa, namun Yaya ingin membuat biskut yang membuatkan BoBoiBoy dan Gopal mula takut. Ying melarang Yaya untuk membuat biskut kerana biskut buatannya tidak sedap dan membuatkan Yaya mula marah, mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua. Gopal menyuruh BoBoiBoy untuk teruskan memasak dan biarkan sahaja mereka bertengkar.

BoBoiBoy dan Gopal tampaknya membuat ujian dengan amat baik, manakala Yaya dan Ying sebaliknya. Apabila ujian memasak tamat, Cici Ko, Tarung dan Fang mendekati meja BoBoiBoy dan Fang dan Cici Ko mengulas bau masakan mereka yang sedap lalu menanya nama masakan itu. Gopal menjawab "Laksa, Mana" yang membuatkan Laksamana Tarung tersalah sanggap yang Gopal memanggilnya, lalu BoBoiBoy berkata bahawa maksud Gopal adalah "Laksa ini nama mana?". Mendengar BoBoiBoy merepek, Laksamana Tarung berasa marah sehingga kedua tangannya menghentak meja dan sudu dari mangkuk laksa terpelanting ke udara, lalu terhenti di dalam mulut Laksamana Tarung.

Tarung yang secara tidak sengaja tertelan hidangan BoBoiBoy dan Gopal, berkata bahawa masakan itu adalah seperti masakan ibunya yang mana rasanya amat sedap lalu memberikan 100 markah kepada mereka.

Sekarang, Cici Ko, Tarung dan Fang pergi ke meja Yaya dan Ying pula. Laksamana Tarung menanya kepada mereka kenapa ada dua jenis makanan dan Fang mengulas bahawa nampaknya mereka tidak mengikut arahan. Apabila Cici Ko memakan biskut Yaya, dia mula terbatuk-batuk dan Ying menawarkan sup istimewanya kepada Cici Ko bagi menghilangkan rasa biskut itu. Malangnya, sup itu terlalu pedas sehingga Cici Ko menyembur api dari mulutnya. Kemudian, Laksamana Tarung pula mencuba hidangan mereka dan ia tidak memberikan sebarang kesan kepadanya. Yaya dan Ying bertanya berapa markah mereka dan Laksamana Tarung dengan marah berkata markah mereka adalah kosong, disebabkan oleh mereka tidak memasak secara berpasangan.

Yaya berkata kepada Ying bahawa mereka telah ketinggalan dan Ying membalas bahawa mereka kena membuat ujian seterusnya dengan teliti. Ujian yang terakhir adalah ujian fokus, iaitu ujian yang akan menentukan fokus anda. Kemudian, Cici Ko mengeluarkan Gorila TAPOPS selepas diarahkan oleh Laksamana, lalu Fang menunjukkan cara membuat ujian kali ini; mereka perlu menyanyi lagu "Tepuk Amai-Amai" dengan Gorila tanpa kuasa dan tanpa kesilapan.


Selepas Fang selesai, giliran BoBoiBoy dan kawan-kawannya pula untuk menyanyi. Gopal adalah yang pertama mengambil ujian itu, namun dia tersalah lirik ketika menyanyikan lagu itu dan menyebabkan Gorila itu marah lalu membelasah Gopal. Walau bagaimanapun, Gopal sempat menyanyikan lagu sebanyak 5 peratus dan dia mendapat 5 markah.

Seterusnya, giliran Yaya dan Ying pula untuk mengambil ujian. Pada awalnya, mereka berasa takut kerana bimbang tersilap nyanyi, yang akan membuatkan Gorila itu marah dan membelasah mereka tanpa belas kasihan. Lalu, Yaya menanya kepada Laksamana untuk mengambil ujian bersama-sama dengan Ying. Tarung berfikir sejenak dan kemudian membenarkan mereka melaluinya bersama-sama, dengan satu syarat; markah mereka akan ditolak sebanyak 30 dan Yaya dan Ying pun setuju. Semasa ujian, mereka dapat menyanyi dan bermain tepuk-tepuk bersama Gorila itu dengan jelas yang membuatkan BoBoiBo dan Gopal kagum melihat mereka. Kemudian, Yaya dan Ying berjaya mengambil ujian itu sehingga habis yang memuaskan, maka mereka mendapat markah sebanyak 70 peratus.

Akhirnya, tiba giliran BoBoiBoy dan dia telah bersedia untuk mengambil ujian. Namun, disebabkan oleh dia tersalah nyanyi pada lirik pertama - "Tepuk Anai-Anak" yang sepatutnya "Tepuk Amai-Amai" - BoBoiBoy tidak mendapat markah dalam ujian terakhir.

Selepas ujian tamat, keputusan bagi keseluruhan markah mereka yang mengambil ujian ditunjukkan di papan skrin. BoBoiBoy adalah yang paling tinggi iaitu 56 peratus, Yaya dan Ying adalah yang kedua tertinggi dengan markah mereka 53 peratus, manakala Gopal pula berada di tempat terakhir sebanyak 40 peratus. Markah mereka amat menghampakan Laksamana kerana gagal. Markah untuk lulus adalah 80 peratus ke atas.

Tarung seakan-akan ingin menghukum mereka tetapi oleh kerana jarum pada jam menunjukkan telah melepasi pukul 7 malam, Tarung berubah fikiran dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang lulus dalam ujian. Jadi mereka berfikir bahawa mereka telah melepasi Ujian Kental TAPOPS, Akan tetapi, Tarung sempat berkata kepada mereka bahawa itu hanyalah ujian-ujian untuk melayakkan mereka menduduki Ujian Kental yang akan berlangsung pada "pagi esok", membuatkan geng itu menjerit kerana perlu mengambil ujian lagi.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 10 - Ujian Kental

BoBoiBoy Galaxy - Episod 10
Share:

BoBoiBoy Galaxy Episod 9


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 9 - Katakululu's Hypnotic

Adu Du merunggut kepada Probe kerana BoBoiBoy selalu mengagalkan rancangan jahatnya semenjak dari kecil sampai besar sehingga membuatkan baju-bajunya habis kotor apabila kena belasah dengan BoBoiBoy. Adu Du menyuruh Probe menghantar baju-baju kotornya ke dobi.

Sementara itu di stesen angkasa TAPOPS, Komander Koko Ci berjaya memulihkan kembali stesen TAPOPS dari kerosakkan tetapi stesen TAPOPS masih dalam bahaya kerana identiti stesen TAPOPS mungkin telah terbongkar. BoBoiBoy bertanya kepada Cici Ko apa maksud Cici Ko dengan identiti stesen TAPOPS!

Komander Koko Ci mendedahkan identiti rahsia TAPOPS. BoBoiBoy dan rakan-rakannya teruja melihat bilik luas di stesen TAPOPS yang kelihatan bagaikan sebuah kedai dobi. Sebenarnya dobi angkasa merupakan penyamaran identiti TAPOPS sebagai kumpulan pencari Power Sfera untuk mengorek maklumat-maklumat penting dari pelanggan yang singgah untuk mendapatkan perkhidmatan dobi.

Sementara itu, Probe telah sampai ke kedai dobi tempat penyamaran kumpulan TAPOPS. Tanpa disedari oleh komander Koko Ci, BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang lain, Probe telah terdengar perbualan mereka tentang penyamaran identiti kedai dobi TAPOPS serta misi mereka untuk menghantar bungkusan dobi ke planet Dargha'ya.

Feng terkejut apabila mereka akan dihantar ke planet Dargha'ya yang berbahaya. BoBoiBoy, Feng dan Gopal ditugaskan menghantar bungkusan dobi tanpa mengetahui kepada siapa bungkusan dobi itu dihantar. Mereka juga diingatkan supaya jangan mengotorkan bungkusan dobi tersebut walaupun sedikit. BoBoiBoy dan Gopal merayu mereka balik apabila Feng mengatakan planet itu banyak benda-benda mati.

Adu Du dan Probe secara senyap mengekori mereka ke planet Dargha'ya kerana mengesyaki BoBoiBoy sebenarnya sedang meminta bantuan menerusi penghantaran bungkusan dobi tersebut. Jika BoBoiBoy berjaya menghantar bungkusan dobi itu bantuan akan tiba dan sistem pertahanan stesen TAPOPS akan pulih semula. Manakala di dalam kapal, Feng menggelar dirinya sebagai kapten kerana dia yang memandu kapal.

Gopal ketakutan semasa melalui kawasan hutan kerana suasananya yang seram. Sementara itu Adu Du dan Probe yang mengekori mereka dari belakang menghadapi masalah di dalam hutan kerana tertinggal alat GPS sehingga terjatuh ke dalam lumpur. BoBoiBoy, Feng dan Gopal pula tiba-tiba terserempak dengan 'hantu pokok' lalu dikejarnya menyebabkan mereka bertiga bertempiaran melarikan diri. Tiba di sebatang pokok besar mereka bertiga bersembunyi dibelakangnya tetapi rupa-rupanya pokok itu juga adalah 'hantu pokok'.


Gopal kena gigit separuh badan oleh 'hantu pokok' itu menyebabkan Feng dan BoBoiBoy perlu melawan balas. BoBoiBoy menggunakan kuasa tiga manakala Feng mengunakan kuasa beruang bayang untuk berlawan dengan satu lain 'hantu pokok' yang mula-mula mengejar mereka. BoBoiBoy Daun berhempas pulas menyelamatkan Gopal dari dalam mulut 'hantu pokok'. Namun BoBoiBoy Daun berdepan dengan serangan satu lagi 'hantu pokok' yang mahu memijaknya. Ketika BoBoiBoy Daun hampir kena pijak, Feng berjaya menyelamatkan BoBoiBoy Daun dari dipijak oleh 'hantu pokok' dengan menggunakan kuasa jari bayangnya.

Akhirnya BoBoiBoy Petir berjaya mengalahkan kedua-dua 'hantu pokok' dengan kuasa Pedang Petir. BoBoiBoy dan Feng bergegas mendapatkan Gopal yang telah tercampak jauh semasa BoBoiBoy Daun menyelamatkannya. Sebaik tiba, mereka terserempak dengan Adu Du dan Probe yang keletihan namun tetap mahu mengagalkan misi BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Adu Du menembak BoBoiBoy dan Feng dengan senjata canggihnya namun yang keluar hanyalah lumpur. Adu Du menukar strateginya dengan menembak bungkusan dan resit dobi dengan lumpur supaya bungkusan itu kotor dan seterusnya misi mereka gagal.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 9 - Katakululu's Hypnotic

BoBoiBoy Galaxy - Episod 09
Share:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close