BoBoiBoy Galaxy Episod 6


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 6

Di bumi, Commander Cici Ko mengumumkan bahawa kapal angkasa telah siap diperbaiki. BoBoiBoy dan rakannya yang lain bersorak gembira. Kini sudah tiba masanya untuk anggota pasukan TAPOPS berangkat ke stesen angkasa pasukan TAPOPS. Commander Cici Ko pun menyuruh OchoBot membuka teleportal. Sebelum berlepas ke angkasa BoBoiBoy bersalaman dengan Tok Aba manakala cikgu Papa Zola pula bersedih kerana berpisah dengan Cattus.

Di ruang angkasa, BoBoiBoy dan rakan-rakannya teruja melihat keindahan pemandangan di angkasa lepas. Manakala OchoBot mengeluh keletihan. Commander Cici Ko syorkan kepada OchoBot supaya berehat dan caj tenaganya di dalam bilik khas untuk Power Sphera berehat dan caj tenaga mereka. Yaya dan Ying juga mendapat bilik yang cantik dan luas tetapi Gopal dan BoBoiBoy sebagai kadet bawahan cuma mendapat stor yang dijadikan bilik mereka. BoBoiBoy menasihati Gopal untuk bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada tempat nak berehat.


Tiba-tiba kapal angkasa bergegar. Ying melaporkan supaya BoBoiBoy dan Commander Cici Ko segera datang ke tempat kawalan. Sebaik sampai di sana mereka mendapati Papa Zola 'Kebenaran' yang sedang mengendali kapal angkasa mereka. BoBoiBoy dan Gopal terkejut manakala Cici Ko marah sambil bertanya apa Papa Zola buat di sini. Papa Zola 'Kebenaran' menjawab tiada apa cuma dia rindukan Cattus saja membuat dia seludup masuk ke dalam kapal angkasa melalui roda kapal.

Kemudian Papa Zola mengajak mereka meneruskan perjalanan dengan kapten baru kapal angkasa tersebut iaitu kapten 'Kebenaran' PAPA ZOLA! Commander Cici Ko terkejut lalu bertanya siapa yang beri kebenaran Papa Zola menjadi kapten kapal? Papa Zola menjawab, 'Kebenaran' tak perlukan kebenaran! Cici Ko jadi berang kerana Papa Zola merepek lalu berlaku perebutan pemanduan kapal angkasa dengan Papa Zola.

Yaya menasihati mereka berdua supaya bertenang dan jangan bergaduh. Commander Cici Ko bertegas mengatakan itu kapal angkasanya. Tiba-tiba kapal angkasa melanggar sesuatu menyebabakan kesemua mereka terjatuh. MotoBot tersedar dari hibernasi di bilik khas.

Kapal angkasa mereka telah berlanggar dengan sisa-sisa kapal angkasa terbiar. Commander Cici Ko terkejut kerana kapal angkasa mereka telah tersasar ke laluan larangan. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi sesuatu di luar kapal angkasa mereka. BoBoiBoy dan rakan-rakannya terkejut apabila Cici Ko memberitahu bahawa kapal angkasa mereka telah didatangi nyamuk angkasa yang akan menyedut kesemua tenaga kapal angkasa yang lalu di kawasan itu.

BoBoiBoy meminta mereka berbuat sesuatu cepat. Tetapi sudah terlambat kerana kapal angkasa telah tersekat dan banyak nyamuk angkasa telah mula menyedut tenaga kapal angkasa mereka. BoBoiBoy mencadangkan mereka keluar untuk menghalang nyamuk-nyamuk itu. Commander Cici Ko menyuruh MotoBot memberi BoBoiBoy dan rakan-rakannya kenderaan angkasa mereka masing-masing.

Dengan penggunaan kenderaan angkasa itu BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah berjaya mengalahkan nyamuk-nyamuk angkasa itu. Tetapi Papa Zola tiba-tiba dengan cemas menyuruh mereka berhati-hati kerana sekampung nyamuk angkasa semakin menghampiri ke arah mereka.

Sementara itu Commander Cici Ko dan MotoBot pergi ke bilik enjin dan mendapati kapal angkasa mereka telah kehilangan majoriti tenaga dan enjin reaktor terpaksa dicaj menggunakan panel tenaga solar. Berbekalkan sedikit tenaga yang ada Commander Cici Ko menyuruh Papa Zola menghantar isyarat S.O.S (Save Our Ship). Manakala BoBoiBoy dan rakan-rakannya terus berjuang melawan nyamuk-nyamuk angkasa yang semakin banyak. Kehadiran nyamuk-nyamuk angkasa yang bagaikan tak habis-habis telah membuat Gopal, BoBoiBoy, Yaya dan Ying buntu apa yang harus dilakukan lagi.

Tiba-tiba bantuan sudah tiba. BoBoiBoy seakan mengenali orang yang datang membantu itu. Secara serentak, BoBoiBoy dan rakannya yang lain menyebut, "Itu FENG!" Rupa-rupanya sahabat lama mereka Feng, yang datang memberi bantuan. Menggunakan kuasa Jerangkap Jari Bayang, Feng berjaya mengalahkan nyamuk-nyamuk angkasa yang menyerang BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang lain.


Setelah berjaya mengalahkan nyamuk-nyamuk angkasa itu, Feng turun dari kenderaan angkasanya mendapatkan sahabat lamanya BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying. Tetapi sebaik melihat Feng, mereka semua tertawa lucu kerana fesyen helmet Feng yang lawak berbentuk cendawan. Feng marah apabila Gopal mengatakan tren fesyen terkininya umpama cendawan hidup. Feng mengatakan dia sebenarnya sedang dalam latihan memandu kapal angkasa sebelum ternampak isyarat S.O.S dari kapal angkasa mereka.

Sedang Yaya mengatakan sekarang bukan masa nak bergaduh, tiba-tiba nyamuk angkasa datang menyerang semula. Kali ini berwarna oren dan saiz lebih besar daripada sebelumnya. Ying meminta Gopal dan Yaya pertahankan kapal angkasa manakala BoBoiBoy mengajak Feng menyerang nyamuk-nyamuk angkasa itu. BoBoiBoy menggunakan kuasa elemental BoBoiBoy Daun, Feng terpegun melihat kuasa baru BoBoiBoy. Ketika melintasi Feng, BoBoiBoy Daun terhenti seketika kerana melihatkan 'Tragedi Fesyen' Feng itu.

Akhirnya dengan kuasa Perangkap Periuk Kera BoBoiBoy Daun dan kuasa Insectivorous Bayang dari Feng telah berjaya mengalahkan nyamuk-nyamuk angkasa itu. Tetapi secara tiba-tiba muncul ketua nyamuk angkasa yang sangat besar menyerang BoBoiBoy Daun. Ketika dalam keadaan terdesak, ketua nyamuk angkasa semakin menghampiri BoBoiBoy, tiba-tiba bantuan datang. Ketua nyamuk itu akhirnya tewas ditepuk dan dihumban menggunakan panel solar oleh Papa Zola. Oleh kerana keberanian dan daya pemikiran kreatif Papa Zola dia telah dilantik oleh Commander Cici Ko menjadi kapten kapal angkasa pasukan TAPOPS.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 6

BoBoiBoy Galaxy - Episod 06
Share:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close