Ejen Ali Episod 12 - Misi : UNO


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen wanita jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 12

Ali baru tersedar setelah pengsan akibat diserang Uno. Ejen Rizwan melaporkan kepada Jenderal Rama, bahawa musuh telah cuba perangkap Ali dan nyaris dapat memisahkan IRIS daripada Ali dengan alat ciptaan Dr.Aaron. Sebaik sedar, Ali terus mengatakan bahawa Uncle Bakar tidak bersalah kerana Uno tidak gemuk seperti Uncle Bakar. Tiba-tiba sistem security M.A.T.A diceroboh Uno yang datang mahu mendapatkan IRIS.


Tonton Online Ejen Ali Episod 12 - Misi : UNO

Ejen Ali Episod 12 - Misi : UNO (Bhg 1)

Ejen Ali Episod 12 - Misi : UNO (Bhg 2)

Ejen Ali Episod 12 - Misi : UNO (Bhg 3)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close