BoBoiBoy Galaxy Episod 7


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya sebagai anggota TAPOPS mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Power Sphera adalah robot berteknologi tinggi yang mengandungi kuasa-kuasa yang hebat. Menjadi rebutan ramai. Power Sphera telah lari dan bersembunyi di sekitar galaksi. Satu-persatu Power Sphera telah diburu dan dijumpai oleh kuasa-kuasa jahat.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 7

Stesen angkasa kumpulan TAPOPS telah diserang oleh Jokertu dengan bantuan Power Sphera CardBot. Sementara itu dalam kapal angkasa, BoBoiBoy yang kebosanan bertanya kepada komander Koko Ci berapa lama lagi mereka akan sampai ke stesen angkasa TAPOPS. Cici Ko menjawab tidak lama lagi. BoBoiBoy bertanya, tidak bolehkah mereka menggunakan sahaja kuasa teleportasi OchoBot. Secara tiba-tiba mesej meminta bantuan dari stesen TAPOPS muncul di skrin melaporkan telah diserang. Cici Ko terpaksa juga menggunakan kuasa teleportasi OchoBot walaupun tenaga OchoBot sedang dicaj dan masih minima.

Dengan menggunakan kuasa teleportasi OchoBot, kapal angkasa mereka tiba ke stesen angkasa TAPOPS dengan serta-merta. Stesen TAPOPS kelihatan terlalu gelap. Komander Koko Ci mengarahkan BoBoiBoy, Feng dan Gopal mengikutinya masuk ke stesen TAPOPS untuk menyiasat. Keadaan di dalam stesen TAPOPS kelihatan sunyi tiada sesiapa. Tiba-tiba mereka terdengar suara ketawa menyebabkan Gopal ketakutan.

Sementara itu, Ying yang diarahkan Komander Koko Ci menjaga kapal angkasa bersama Yaya dan OchoBot mengeluh kerana tak akan mereka hanya duduk sahaja di kapal angkasa. Cikgu Papa yang baru terjaga dari tidur setelah lama tidur mati terkejut apabila diberitahu bahawa stesen TAPOPS telah kena serang. Menerusi ulangan tayang mesej meminta bantuan dari stesen TAPOPS, Yaya telah menjumpai sesuatu dan setelah diteliti dengan lebih detail mereka telah menjumpai identiti yang telah menyerang stesen TAPOPS!


Sementara itu di stesen TAPOPS, Cici Ko, BoBoiBoy, Feng dan Gopal telah naik di tingkat atas. Mereka menjumpai banyak kad berselerakkan di atas lantai. Lalu mereka bergegas menuju ke sebuah bilik. Setelah bilik dibuka, suasana di dalam bilik sangat gelap. Mereka terdengar suara ketawa. Tiba-tiba Gopal memetik suiz lampu dan suasana bilik menjadi terang. Identiti penyerang stesen TAPOPS itu pun terbongkar. Rupanya memang dikenali oleh Cici Ko, iaitu Jokertu! Feng ketawa geli hati mendengar nama Jokertu. Jokertu menjadi berang lantas membaling sekeping kad kuasa ke arah Feng lalu Feng telah termasuk ke dalam kad tersebut.

Keadaan menjadi semakin mendesak setelah BoBoiBoy Petir, Tanah, Daun dan BoBoiBoy Angin tidak dapat menandingan kehebatan kuasa Jokertu. Komander Koko Ci meminta pertolongan Yaya dan Ying. Mereka terpaksa lari keluar dari bilik itu tetapi berjaya dikejar Jokertu dan hampir memasuki ke dalam kad sebelum Ying dan Yaya datang menyelamatkan mereka. Namun kerana kelekaan, BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah terperangkap ke dalam kad. Kini cuma tinggal Cici Ko dan cikgu Papa Zola sahaja yang masih selamat.

Komander Koko Ci menyuruh Papa Zola mengalih perhatian Jokertu dan melakukan sesuatu. Setelah melihat BoBoiBoy dan rakan-rakan yang lain telah masuk dalam kad, Papa Zola mendapat idea untuk bertarung permainan kad kuasa dengan Jokertu. Setelah dicabar Papa Zola, Jokertu dengan reputasi jaguh pertarungan kad galaksi Nusagima telah bersetuju untuk lawan kad kuasa dengan Papa Zola, selaku jaguh kampung.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 7

BoBoiBoy Galaxy - Episod 07
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close