Ejen Ali Episod 11 - Misi : BUKTI


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen wanita jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 11


Ejen Bakar dituduh sebagai Uno iaitu ketua penjahat yang menjadi ancaman kepada Cyberaya dan agensi M.A.TA. Menerusi bukti video, Ejen Bakar telah dituduh sebagai pengkhianat kepada agensi M.A.T.A. Ali meminta untuk berjumpa dengan Ejen Bakar kerana tidak percaya Ejen Bakar adalah pengkhianat. Namun permintaan Ali untuk berjumpa Ejen Bakar dan melihat bukti video itu telah ditolak. Pada sebelah malam, Ali bersama Comot secara senyap-senyap telah memasuki pusat agensi M.A.T.A untuk mencari bukti video itu dan menyiasat akan kesahihannya. Seterusnya membawa Ali ke tempat rahsia Dr.Aaron, Dos dan Trez.


Tonton Online Ejen Ali Episod 11 - Misi : BUKTI

Ejen Ali Episod 11 - Misi : BUKTI (Bhg 1)

Ejen Ali Episod 11 - Misi : BUKTI (Bhg 2)

Ejen Ali Episod 11 - Misi : BUKTI (Bhg 3)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close