BoBoiBoy Galaxy Episod 8


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 8

Adu Du merunggut kepada Probe kerana BoBoiBoy selalu mengagalkan rancangan jahatnya semenjak dari kecil sampai besar sehingga membuatkan baju-bajunya habis kotor apabila kena belasah dengan BoBoiBoy. Adu Du menyuruh Probe menghantar baju-baju kotornya ke dobi.

Sementara itu di stesen angkasa TAPOPS, Komander Koko Ci berjaya memulihkan kembali stesen TAPOPS dari kerosakkan tetapi stesen TAPOPS masih dalam bahaya kerana identiti stesen TAPOPS mungkin telah terbongkar. BoBoiBoy bertanya kepada Cici Ko apa maksud Cici Ko dengan identiti stesen TAPOPS!

Komander Koko Ci mendedahkan identiti rahsia TAPOPS. BoBoiBoy dan rakan-rakannya teruja melihat bilik luas di stesen TAPOPS yang kelihatan bagaikan sebuah kedai dobi. Sebenarnya dobi angkasa merupakan penyamaran identiti TAPOPS sebagai kumpulan pencari Power Sfera untuk mengorek maklumat-maklumat penting dari pelanggan yang singgah untuk mendapatkan perkhidmatan dobi.

Sementara itu, Probe telah sampai ke kedai dobi tempat penyamaran kumpulan TAPOPS. Tanpa disedari oleh komander Koko Ci, BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang lain, Probe telah terdengar perbualan mereka tentang penyamaran identiti kedai dobi TAPOPS serta misi mereka untuk menghantar bungkusan dobi ke planet Dargha'ya.

Feng terkejut apabila mereka akan dihantar ke planet Dargha'ya yang berbahaya. BoBoiBoy, Feng dan Gopal ditugaskan menghantar bungkusan dobi tanpa mengetahui kepada siapa bungkusan dobi itu dihantar. Mereka juga diingatkan supaya jangan mengotorkan bungkusan dobi tersebut walaupun sedikit. BoBoiBoy dan Gopal merayu mereka balik apabila Feng mengatakan planet itu banyak benda-benda mati.

Adu Du dan Probe secara senyap mengekori mereka ke planet Dargha'ya kerana mengesyaki BoBoiBoy sebenarnya sedang meminta bantuan menerusi penghantaran bungkusan dobi tersebut. Jika BoBoiBoy berjaya menghantar bungkusan dobi itu bantuan akan tiba dan sistem pertahanan stesen TAPOPS akan pulih semula. Manakala di dalam kapal, Feng menggelar dirinya sebagai kapten kerana dia yang memandu kapal.

Gopal ketakutan semasa melalui kawasan hutan kerana suasananya yang seram. Sementara itu Adu Du dan Probe yang mengekori mereka dari belakang menghadapi masalah di dalam hutan kerana tertinggal alat GPS sehingga terjatuh ke dalam lumpur. BoBoiBoy, Feng dan Gopal pula tiba-tiba terserempak dengan 'hantu pokok' lalu dikejarnya menyebabkan mereka bertiga bertempiaran melarikan diri. Tiba di sebatang pokok besar mereka bertiga bersembunyi dibelakangnya tetapi rupa-rupanya pokok itu juga adalah 'hantu pokok'.


Gopal kena gigit separuh badan oleh 'hantu pokok' itu menyebabkan Feng dan BoBoiBoy perlu melawan balas. BoBoiBoy menggunakan kuasa tiga manakala Feng mengunakan kuasa beruang bayang untuk berlawan dengan satu lain 'hantu pokok' yang mula-mula mengejar mereka. BoBoiBoy Daun berhempas pulas menyelamatkan Gopal dari dalam mulut 'hantu pokok'. Namun BoBoiBoy Daun berdepan dengan serangan satu lagi 'hantu pokok' yang mahu memijaknya. Ketika BoBoiBoy Daun hampir kena pijak, Feng berjaya menyelamatkan BoBoiBoy Daun dari dipijak oleh 'hantu pokok' dengan menggunakan kuasa jari bayangnya.

Akhirnya BoBoiBoy Petir berjaya mengalahkan kedua-dua 'hantu pokok' dengan kuasa Pedang Petir. BoBoiBoy dan Feng bergegas mendapatkan Gopal yang telah tercampak jauh semasa BoBoiBoy Daun menyelamatkannya. Sebaik tiba, mereka terserempak dengan Adu Du dan Probe yang keletihan namun tetap mahu mengagalkan misi BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Adu Du menembak BoBoiBoy dan Feng dengan senjata canggihnya namun yang keluar hanyalah lumpur. Adu Du menukar strateginya dengan menembak bungkusan dan resit dobi dengan lumpur supaya bungkusan itu kotor dan seterusnya misi mereka gagal.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 8

BoBoiBoy Galaxy - Episod 08
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close