Ejen Ali Episod 10 - Misi : SENSASI


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen wanita jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 10

Ali dan Ejen Bakar ditugaskan mengawasi dan mendapatkan maklumat daripada Wak Musang. Tiba-tiba kumpulan bermotor yang diketuai Komeng datang menyebabkan Wak Musang melarikan diri. Berlaku kejadian kejar-mengejar. Dalam suatu kejadian, sebuah lori kontena hampir menimpa seorang makcik dan Ali telah berjaya menyelamatkannya. Namun peristiwa itu telah terakam dalam phone milik makcik itu dan menjadi viral. Ali mengunakan nama Cyberwira sebagai identiti rahsia wira yang jadi viral di media sosial.


Tonton Online Ejen Ali Episod 10 - Misi : SENSASI

Ejen Ali Episod 10 - Misi : SENSASI (Bhg 1)

Ejen Ali Episod 10 - Misi : SENSASI (Bhg 2)

Ejen Ali Episod 10 - Misi : SENSASI (Bhg 3)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close