BoBoiBoy Galaxy Episod 1


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 1

Kapten Lanun sedang memburu Komander Koko Ci alias Cici Ko dan MotoBot di angkasa lepas. Kapal angkasa Cici Ko telah berjaya menyembunyikan diri dari pemburu Power Sphera tersebut di belakang sebuah asteroid. Terdesak mencari pertolongan, Cici Ko segera menghubungi BoBoiBoy untuk meminta pertolongan.

Di Bumi, BoBoiBoy mula bertanya adakah mereka tidak bosan kerana sudah lama tidak menjadi superhero. BoBoiBoy berkata kali terakhir beliau menggunakan kuasanya adalah pada tiga minggu lepas, untuk menolong kucing. Tiba-tiba, kanak-kanak yang bermain bola meminta bantuan BoBoiBoy untuk mengambil bola yang tersangkut di dahan pokok. BoBoiBoy dan Gopal berebut untuk menolong kanak-kanak tersebut.

Tiba-tiba, Ochobot seolah-olah terkena renjatan elektrik. Gopal mula risau tetapi Ochobot memberitahu bahawa beliau tidak apa-apa. Hologram Cici Ko terpampang di depan mata mereka berdua. Cici Ko meminta bantuan BoBoiBoy dan memohon Ochobot untuk bukakan teleportal di Bumi.

Teleportal berjaya dibuka namun Lanun Angkasa terperasan akan kewujudan teleportal di hadapan mereka. Kapal angkasa Cici Ko memecut laju dan hampir berjaya keluar dari teleportal, namun dihalang oleh Lanun Angkasa. Mereka melepaskan lembing pencangkuk dan menyuruh "pirate minion" pergi ke kapal angkasa Cici Ko. Cici Ko meminta tolong kepada BoBoiBoy.

Kapten Lanun bertindak pantas dengan melepaskan cangkuknya kepada kapal angkasa tersebut, namun berjaya diputuskan apabila teleportal ditutup. Kapten Lanun berasa amat marah dan berazam untuk mencari BoBoiBoy sampai dapat.

Di warung Tok Aba, Cici Ko mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy kerana membantu beliau. BoBoiBoy bertanya kenapa mereka ingin menangkap Cici Ko? Dan Cici Ko menjawab mereka inginkan power-power sphera seperti MotoBot. Cici Ko terus menerangkan bahawa banyak Power Sphera bertaburan di sekitar galaksi dan ramai yang ingin menangkap mereka untuk kepentingan peribadi.

Cici Ko memberitahu BoBoiBoy dan Gopal tentang TAPOPS. Cici Ko mendedahkan bahawa beliau adalah komander pasukan TAPOPS (Tracker and Protector of Power Spheras) dan mengajak Boboiboy untuk menyertai TAPOPS.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 1

BoBoiBoy Galaxy - Episod 01 (Part 1)

BoBoiBoy Galaxy - Episod 01 (Part 2)

BoBoiBoy Galaxy - Episod 01 (Full)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close