BoBoiBoy Galaxy Episod 5


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 5

Di bumi, MotoBot bertanyakan kepada Commander Cici Ko bagaimana keadaan kapal angkasa mereka adakah sudah siap dibaiki. Cici Ko menjawab sikit lagi enjin kapal dapat dicharged sepenuhnya. MotoBot gembira mendengar jawapan tersebut kerana tidak lama lagi bolehlah mereka kembali ke stesen angkasa pasukan TAPOPS.

Commander Cici Ko juga tidak sabar hendak memperkenalkan BoBoiBoy dengan anggota TAPOPS yang lain. Cici Ko pasti anggota lain akan kagum dengan kuasa dan semangat yang dimiliki BoboiBoy. MotoBot bertanya tidak adakah misi baru untuk BoBoiBoy. Cici Ko menjawab biarlah BoBoiBoy dan rakan-rakannya berehat sebelum mereka berlepas ke stesen angkasa TAPOPS.


Di ruang angkasa, kapal lanun angkasa Kapten Separo berjaya sampai ke bumi tidak lama lagi. Kapten Separo berasa gembira kerana tidak sia-sia BoBoiBoy dan rakan-rakannya memutuskan tangan cangkuk lamanya dalam pertempuran sebelum ini. Kapten Sparo mahu BoBoiBoy terima akibat kerana telah menggagalkan rancangannya merampas Power Sphera.

Sementara itu di warung Tok Aba, BoBoiBoy bertanyakan masalah jam kuasanya kepada OchoBot. Namun OchoBot juga tidak pasti kenapa semenjak pergi ke planet Gurunda, jam kuasa BoBoiBoy mula bermasalah. BoBoiBoy minta tolong OchoBot segera baiki jam kuasanya demi menjalankan misi galaksinya. Gopal suruh BoBoiBoy tukar saja dengan jam baru. Manakala Yaya dan Ying merasakan dengan adanya mereka yang hebat itu semua misi boleh diselesaikan.

Cattus, kucing dari planet Gurunda dan yang bersama Power Sphera BellBot kelaparan lalu Gopal menggunakan kuasa tukaran makanan kucing. Tetapi Cattus tidak mahu makan lantas membuat BoboiBoy kehairanan.

Yaya bertanya kepada BellBot apa yang Cattus suka makan. Tetapi BellBot tidak tahu kerana dia selalunya menghadap ke belakang. Yaya rasa Cattus mahu makan ikan segar lalu BoBoiBoy mencadangkan mereka pergi ke jeti untuk mendapatkan ikan segar. Manakala OchoBot tidak mahu pergi kerana mahu tolong Tok Aba di warung. Gopal mengata Cattus kucing cerewet dan mengada-ngada lantas membuat Cattus jadi marah lalu mencakarnya.

Di jeti kelihatan cikgu Papa Zola sedang mendapat banyak ikan hasil daripada mengail menggunakan joran mata kail 'cangkuk alien' yang sebenarnya adalah cangkuk tangan Kapten Separo. Apabila melihat BoBoiBoy dan rakan-rakannya, cikgu Papa Zola merasa teruja kerana anak-anak muridnya sudah besar panjang. Tetapi cikgu Papa Zola kehairanan melihat fesyen Gopal dengan muka bertempal sana-sini dan baju koyak-rabak. BoBoiBoy beritahu kucing mereka cakar Gopal kerana lapar sangat.

Yaya bertanya kepada cikgu Papa Zola bolehkah berikan ikan segar yang ditangkapnya kepada kucing mereka. Papa Zola mengatakan boleh tetapi boleh tangkap sendirilah! Cattus yang kelaparan terus berlari menuju bakul kayu rotan yang dipenuhi ikan hasil tangkapan Papa Zola.

Papa Zola apabila melihat Cattus berlari menuju ke bakul ikannya terus menjerit meminta hentikan kucing mereka itu. Cattus terus menerkam bakul ikan cikgu Papa Zola lalu bakul ikan itu tumbang dan semua ikan-ikannya jatuh masuk ke dalam air.

BoBoiBoy terkejut apabila mendapati Cattus bukan mahu makan ikan segar tetapi mahu makan bakul kayu rotan sebenarnya. Cikgu Papa Zola kesedihan kerana penat tangkap ikan sejak subuh. Aksi manja dan comel Cattus yang meloncat atas badan Papa Zola telah dapat mengambil hatinya lantas memperkenalkannya menjadi kucing angkat terbaru kebenaran! Tetapi BoBoiBoy mempersoalkan mana boleh suka-suka ambil kucing mereka.

Sedang cikgu Papa Zola bermain-main dengan Cattus mengunakan joran mata kail cangkuk, BoBoiBoy yang melihat cangkuk itu bertanya di mana cikgu Papa Zola perolehi cangkuk tersebut. Papa Zola mengatakan ia perolehi dari kedai Tok Aba. Gopal ketakutan kerana mengingati bahawa itu adalah cangkuk kapten lanun angkasa, Kapten Separo. Secara tiba-tiba kapal angkasa lanun Kapten Separo pun sampai di atas mereka.

Mereka terkejut besar! Kapten Separo yang melihat cangkuk tangan lamanya ada bersama mereka bertambah marah kerana berani ambil cangkuk tangannya. Cikgu Papa Zola lari menyembunyikan diri. Sementara itu MotoBot di dalam kapal angkasa memberitahu Commander Cici Ko bahawa signal kapal angkasa lanun tiba-tiba muncul. Cici Ko terkejut lalu terus memanggil OchoBot supaya mencari tempat untuk bersembunyi. Tok Aba tahu tempat paling selamat untuk bersembunyi.

BoBoiBoy mempersoalkan kedatangan Kapten Separo, apa lagi yang dia mahu. Sementara itu anak kapal lanun angkasa berjaya mengesan signal Power Sphera MotoBot dan OchoBot di lokasi kedai Tok Aba manakala di situ cuma ada signal Power Sphera BellBot. Kapten Separo pun mengarahkan anak buah kapal angkasa lanun pergi mendapatkan BellBot manakal dia sendiri pergi dapatkan MotoBot dan OchoBot.

BoBoiBoy berkata kepada rakan-rakannya, mereka kena halang kapten lanun itu. Tapi Gopal berkata lanun-lanun robot itu sudah menyerang! BoBoiBoy menyuruh rakannya melindungi BellBot manakala dia pergi melindungi OchoBot dan MotoBot. Dengan menggunakan kuasa Elemental, BoBoiBoy Angin pergi mengejar kapal lanun angkasa. Yaya menawarkan diri untuk membantu BoBoiBoy.

Lanun-lanun robot semakin menghampiri cikgu Papa Zola, Gopal dan Ying dan mula melepaskan serangan membuat Papa Zola menjerit nyaring. Ying tanpa berlengah menggunakan kuasa Slo Mo untuk menghentikan lanun-lanun robot di udara dan mengalihkan kedudukan cikgu Papa Zola dan Gopal. Sementara itu BoBoiBoy dan Yaya mula menyerang kapal angkasa lanun dengan kuasa Bebola Angin dan Tumbukan Padu. Keadaan kapal lanun angkasa mula kelam kabut. Lalu Kapten Separo menyuruh anak kapal menyerang balas. Yaya mencadangkan mereka mendarat di atas kapal lanun itu.

Kapten Separo yang tidak berpuas hati terus mengambil alih senjata penembak dan mensasarkan tembakan tepat ke arah Yaya dan BoBoiBoy. Yaya terkejut! BoBoiBoy menukar kuasa elemental BoBoiBoy Tanah dan terus menghasilkan Bebola Pelindung untuk menghalang tembakan tersebut. Berlakulah letupan kuat. Mereka berdua berjaya mendarat di atas kapal lanun angkasa. BoBoiBoy menukar kepada BoBoiBoy Petir dan dengan kuasa Hentakan Pedang Petir dia bersemuka dengan Kapten Separo.

Gopal, Ying dan Papa Zola berjaya mengalahkan lanun-lanun robot apabila Gopal menukar lanun-lanun robot menjadi bakul kayu rotan menyebabkan Cattus menjadikan mereka makanannya. Sementara itu Cici Ko mempersoalkan tempat persembunyi paling selamat yang disyorkan oleh Tok Aba. MotoBot dan OchoBot mengatakan habislah mereka. Manakala kapal lanun angkasa telah pun sampai di tempat mereka bersembunyi. Sementara itu, BoBoiBoy Petir terus berlawan dengan Kapten Separo manakala Yaya berjaya mengalahkan semua lanun-lanun robot dengan menggunakan kuasa Hempasan Graviti.


Kelihatan BoBoiBoy dan Yaya telah berjaya mengalahkan kapten kapal lanun angkasa, Kapten Separo. Rakan-rakannya meraikan kemenangan BoBoiBoy dan Papa Zola menyuruh Kapten Separo balik sahaja manakala Cici Ko menyuruh mereka yang lain keluar dari tempat persembunyian. Tetapi sebaik sahaja Kapten Separo melihat ketiga-tiga Power Sphera ada berkumpul di situ telah menaikkan kembali semangatnya untuk mendapatkan ketiga-tiga Power Sphera itu. Lantas dia pun mengunakan senjata rahsianya iaitu Power Sphera HookaBot! BoBoiBoy terkejut melihatkan Kapten Separo juga memiliki Power Sphera.

Kapten Separo menyerang BoBoiBoy dan Yaya dengan Power Sphera HookaBot yang telah bertukar menjadi bebola besi. Dalam serangan kedua dan ketiga, Kapten Separo telah menyasarkan serangannya kepada Yaya, menyebabkan BoBoiBoy datang menolong dengan kuasa elemental BoBoiBoy Tanah tetapi jam kuasanya sekali lagi telah mengalami masalah. Akibatnya BoBoiBoy telah kena serangan bebola besi lalu tercampak keluar dan jatuh dari kapal angkasa lanun. Yaya segera terbang ingin menolong BoBoiBoy yang jatuh atas sebatang pokok. Semua orang terperanjat!

Kapten Separo melompat turun ke tanah dan mengatakan BoBoiBoy telah kalah dan baik mereka serahkan kesemua Power Sphera kepadanya jika tidak mahu menerima nasib seperti BoBoiBoy. Tetapi Cici Ko mengatakan jangan harap! Papa Zola pula menyuruh kapten lanun kalahkan mereka dahulu. Kapten Separo membalas tiada masalah lalu Power Sphera HookaBot bertukar menjadi senjata pedang sabit. Tiba-tiba keluar satu suara menyuruh Kapten Separo berhenti! Semua orang terkejut kerana suara itu adalah suara BoBoiBoy baru iaitu BOBOIBOY DAUN yang bersikap lurus bendul. Akhirnya dengan kuasa serangan Patukan Daun Anyaman, BoBoiBoy Daun telah berjaya mengalahkan Kapten Separo.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 5

BoBoiBoy Galaxy - Episod 05
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close