BoBoiBoy Galaxy Episod 3


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 3

Cici Ko merasmikan pelantikan kadet baru TAPOPS, BoBoiBoy dan Gopal. Kemudian, Gopal sebagai ahli baharu meminta agar diberikan misi pertama lalu disambut oleh Cici Ko yang akan memberikan misi yang senang tetapi ditolak oleh Gopal yang menginginkan misi yang susah atas alasan mereka sudah pakar melawan alien dan Cici Ko pun bersetuju.

Cici Ko menunjukkan gambaran sebuah planet pada komputernya iaitu planet Gurunda (lokasi misi pertama BoBoiBoy dan Gopal) sebuah planet padang pasir. Pada masa yang sama, Ochobot masuk ke dalam kapal dengan membawa dua orang yang tidak asing lagi iaitu Ying dan Yaya. Motobot memohon mereka diserap ke dalam kumpulan TAPOPS.

Cici Ko menyuruh Ochobot untuk membuka Teleportal ke planet Gurunda pada masa yang sama, Gopal yang membaca tablet panduan misi mula terkeliru atas maklumat yang padat lalu melontarnya ke atas lantai. BoBoiBoy yang perasan akan perkara tersebut tidak sempat mengambilnya kerana Motobot telahpun menjelmakan kenderaan mereka lalu menghantar mereka ke planet Gurunda melalui Teleportal.

Sesampainya destinasi yang ditujui, Gopal membuka matanya lalu melihat sekitar planet tersebut dengan penuh takjub namun diganggu oleh BoBoiBoy kerana kemarahannya atas perkara tadi. Tetapi Gopal membalas untuk tidak panik dan menjelaskan caranya untuk mengesan Power Sphera dengan melihat objek yang bulat dan bersinar. Lalu Gopal pun mengimbas kawasan tersebut dan melihat objek bersinar di kawasan berbatu lalu menuju ke lokasi tersebut.

Pada masa yang sama, di kapal angkasa Cici Ko, Yaya perasan sebuah tablet yang terbiar di atas lantai lalu mengutipnya, Cici Ko yang melihat perkara tersebut naik berang kerana mereka meninggalkan panduan misi mereka, pada tablet yang tertulis supaya berhati-hati di kawasan berbatu.

Kembali ke planet Gurunda, tiba-tiba muncul objek yang tidak dikenali menuju ke arah mereka. Gopal pula tidak membuang masa lalu mengambil langkah seribu menaiki kenderaannya bersama Sfera itu meninggalkan BoBoiBoy. Cici Ko pula muncul pada jam kuasa milik BoBoiBoy lalu memberi amaran yang raksasa itu sedang mengejar Gopal. BoBoiBoy pun tidak membuang masa lalu menaiki motorsikalnya dan mula mengejar mereka. Raksasa tersebut kian marah lalu cuba membaham Gopal secara bertubi-tubi.

Kejar mengejar antara mereka kian rancak dan BoBoiBoy pun menyuruh Gopal untuk menembak Raksasa itu lalu Gopal menggunakan tembakan Sniper Gula-Gula Kapas namun tidak berjaya. Raksasa itu tidak ingin berputus asa lalu melancarkan Tembakan Duri secara bertalu-talu, tetapi BoBoiBoy Petir mampu mengelak serangan tersebut namun Raksasa menepuk ekornya ke tanah menghasilkan angin kuat lalu terkena motorsikal Boboiboy dan terbabas. Gopal dan BoBoiBoy mula bangkit dan menuju ke kawasan berbatu untuk bersembunyi lalu mula bertengkar. Pertengkaran mereka terhenti apabila mendapati Raksasa itu dibelakang mereka. Raksasa itu muncul di depan Gopal dan ingin membahamnya.

Namun, tidak berjaya apabila dihalang oleh Yaya yang muncul tiba-tiba menggunakan Angkatan Graviti. BoBoiBoy pun berterima kasih kepadanya. Raksasa itu boleh bercakap dan berkata bahawa mereka yang mencuri telurnya yang disangkakan Power Sphera. Kemudian, secara tiba-tiba telur itu mula bergerak dan menetaskan anak Raksasa Gurunda yang comel. Ying dan Yaya berasa teruja dan tertawan atas kecomelan anak Raksasa itu.

Gelagat anak Raksasa Gurunda yang memanggil Gopal sebagai 'mama' mendatangkan kemarahan kepada Raksasa Gurunda. Anaknya tiba-tiba mengigit tangan Gopal sehingga dia harus memukulnya untuk memisahkan anak Raksasa itu. Perkara itu, mengakibatkan Raksasa Gurunda menjadi berang lalu mengejar Gopal atas perbuatannya tadi. BoBoiBoy, Ying dan Yaya cuba menghalang Raksasa itu.

Ying sampai ke lokasi Gopal yang sedang kesakitan tangan digigit dengan anak Raksasa Gurunda. Ying menyuruh Gopal untuk menukarkan pokok-pokok kaktus dibawah gaung kepada Gula-Gula Getah. Pada masa yang sama, Gopal yang bergelut dengan anak Raksasa tersebut lalu secara tidak sengaja mencampakkanya ke dalam gaung. Mereka tampak terkejut lalu Gopal terjun ke dalam gaung untuk menyelamatkan anak Raksasa itu.

Dari kejauhan, BoBoiBoy dikejar Raksasa Gurunda dan Yaya cuba memperlahannya tetapi gagal kerana hampir kehabisan tenaga. Oleh itu, Ying menuju ke arah BoBoiBoy dan menyuruhnya untuk melontar Raksasa tersebut ke dalam gaung. BoBoiBoy tidak membuang masa lalu berpecah kepada tiga dengan BoBoiBoy Tanah menjelmakan Tanah Tinggi lalu melambungkan Raksasa itu ke udara. BoBoiBoy Angin melancarkan Tolakan Angin ke arah Raksasa Gurunda lalu jatuh ke dalam gaung dan terus melekat pada gula-gula getah di dasar gaung. Raksasa Gurunda cuba bergelut dan ingin melepaskan diri tetapi ditenangkan oleh Yaya. Atas keberanian Gopal, Raksasa Gurunda memaafkan perbuatan mereka.

Senja kian menjelmakan di Planet Gurunda, Cici Ko memarahi Gopal dan BoBoiBoy atas kecuaian dan kegagalan mereka untuk menyelesaikan misi dan ingin mengenakan hukuman terhadap mereka. Hukumannya ialah mereka dilarang balik selagi belum menjumpai Power Sphera tersebut. Cici Ko menghantar Ochobot untuk membantu. Kehadiran Ying dan Yaya juga sebagai bantuan tambahan dan sebagai anggota baharu kumpulan TAPOPS yang berpangkat Lans Koperal. Ying dan Yaya tampak gembira atas perlantikan mereka lalu meneruskan misi mereka.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 3

BoBoiBoy Galaxy - Episod 03
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close