BoBoiBoy Galaxy Episod 2


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 2

Suasana kelihatan tenang di Pulau Rintis. Di kapal angkasa Cici Ko, MotoBot bertanya bila kapal ini akan siap dibaiki, lalu Cici Ko menjawab dalam sehari dua lagi. MotoBot terkejut dan mula risau akan kehadiran pemburu Power Sphera yang lain. Cici Ko berkata beliau tidak perlu risau kerana mereka di bawah perlindungan BoBoiBoy.

Adu Du telah tiba di kapal angkasa Cici Ko dan menyemburkan gas tidur ke situ dan juga kedai Tok Aba. Tiba-tiba, gas tidur telah masuk ke dalam kapal angkasa lalu menyebabkan BoBoiBoy Angin, Gopal dan Cici Ko tertidur. Gas itu juga telah tersebar ke kedai Tok Aba, menyebabkan dua lagi BoBoiBoy tertidur. Ochobot dan Tok Aba sempat melarikan diri. Adu Du dan Probe mula menghampiri MotoBot. MotoBot bertanya siapa mereka, lalu Adu Du membuka topeng dan memperkenalkan diri, tetapi terasa mengantuk akibat terhidu gas tidur lalu tertidur. MotoBot cuba melarikan diri namun sempat ditangkap oleh Probe.

Keesokan paginya, Tok Aba mengejutkan BoBoiBoy yang tertidur. Ochobot pula mengejutkan Gopal dan Cici Ko yang berada di dalam kapal angkasa. Ochobot memberitahu mereka bahawa MotoBot telah diculik dan mereka diserang pada malam sebelumnya; Ochobot melihat MotoBot diangkut oleh sebuah kapal angkasa, kemudian terus berlepas meninggalkan Bumi.

Selepas mendengar berita tersebut, Cici Ko segera bergegas ke pusat kawalan kapal untuk mengesan koordinat MotoBot. BoBoiBoy bertanya adakah dapat mengesan MotoBot, lalu disambut oleh Cici Ko yang mengatakan bahawa semua power sphera yang diselamatkannya mempunyai alat pengesan. Dengan alat tersebut, Cici Ko boleh mengesan koordinat terkini MotoBot dengan kadar segera dan menjumpai lokasinya. Cici Ko berkata bahawa MotoBot telah dibawa ke Sektor G-14, iaitu sebuah planet yang terletak 159 juta tahun cahaya dari Bumi.

Cici Ko mencadangkan agar mereka menggunakan kuasa teleportasi milik Ochobot, untuk sampai ke planet tersebut dengan cepat. Cici Ko memulakan "Ops Kabur Samar Samar", iaitu BoBoiBoy dan Gopal perlu menyamar sebagai alien apabila tiba di planet tersebut. Gopal dan BoBoiBoy menyamar sebagai Alien Mop.

Tiba-tiba sebuah kapal angkasa yang tidak asing lagi mendarat di pekarangan kedai tersebut. Tiba-tiba alat pengesan Cici Ko kembali aktif, menunjukkan bahawa MotoBot berada di dalam kapal angkasa itu. Kapal angkasa tersebut membawa empunya dan penculik MotoBot turun. Cici Ko, BoBoiBoy, dan Gopal yang melihat, mengetahui bahawa identiti penculik MotoBot adalah musuh lama mereka yang tidak asing lagi, iaitu Adu Du dan Probe!

Setelah penyamaran BoBoiBoy dan Gopal terbongkar, Adu Du digertak lagi untuk memulangkan MotoBot, tetapi Adu Du enggan berbuat demikian lalu segera mengarah Probe untuk menghalang BoBoiBoy dan Gopal daripada mengambil MotoBot, tetapi malangnya MotoBot telahpun melepaskan diri dengan bantuan Cici Ko dan melarikan diri daripada mereka.

Adu Du kelihatan bersungguh-sungguh ingin mendapatkan Motobot sebelum BoBoiBoy Petir melancarkan Pedang Petir kearah Adu Du dan Probe dengan hasrat memberhentikan mereka namun tersasar. Probe sempat bertukar mod kepada mod Mecha Probe, lalu Adu Du yang mengawal Mecha Probe bertindak dan membalas serangan dengan melancarkan serangan berlaser kearah BoBoiBoy dan Gopal, dalam keadaan terdesak , Motobot menggunakan kuasanya untuk menjelmakan sebuah kenderaan kepada BoBoiBoy dan Gopal untuk menyelamatkan diri.

Gopal kehairanan akan hal tersebut dan mula tertanya-tanya tetapi disambut oleh Cici Ko yang menjelaskan kenderaan yang di miliki oleh BoBoiBoy dan Gopal bukan jenis sembarangan. Kenderaan tersebut mampu beradaptasi dengan si pemakai jam kuasa. Adu Du tampak berang dengan situasi tersebut lalu mula menyerang Cici Ko dan Motobot dengan tangan kosong. Mecha Probe melancarkan mereka ke ruang udara lalu disambut oleh BoBoiBoy Angin dengan mengenakan Pusaran Angin lalu diakhiri dengan BoBoiBoy Petir menyerang secara bertalu-talu dengan serangan Pecutan Kilat.

Adu Du pula kalah teruk tetapi tidak mengakui akan kekalahannya lalu Adu Du dan Probe pun berundur dan meninggalkan mesej bahawa mereka kembali. Cici Ko memujuk BoBoiBoy dan Gopal untuk menyertai kumpulan TAPOPS demi keselamatan sejagat. BoBoiBoy akhirnya menerima pelawaan Cici Ko untuk menyertai Kumpulan TAPOPS diikuti oleh Gopal.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 2

BoBoiBoy Galaxy - Episod 02 (Part 1)

BoBoiBoy Galaxy - Episod 02 (Part 2)

BoBoiBoy Galaxy - Episod 02 (Full)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close