Ejen Ali Episod 6 - Misi : BANGKIT


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen wanita jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 6

Bandar Cyberaya telah ditubuhkan untuk mengumpul orang yang bijak pandai bagi memacu kemajuan negara. Dalam mengejar wawasan itu terdapat tiga orang penaraju yang telah menjana peningkatan begitu pesat sekali. Mereka adalah Dr.Tong, saintis bioteknologi, Dr.Mala pakar kejuruteraan tenaga dan ayah Ali iaitu Dr.Ghazali seorang genius perkomputeran. Sempena ulang tahun yang ke-20 Cyberaya, ketiga-tiga mereka telah dianugerahkan dengan anugerah kebesaran sebagai lambang setinggi-tinggi penghargaan. Sementara itu, di dalam penjara Dr.Aaron telah merancang untuk melarikan diri dari penjara.


Di pusat agensi M.A.T.A, Ejen Ali menghadapi kesukaran dalam latihannya. Sikap kurang yakin dirinya semakin bertambah teruk setelah Ejen Alicia menunjukkan dirinya lebih baik berbanding Ali ketika sesi latihan. Begitu juga di sekolah, prestasi pelajaran Ali sangat buruk sehingga mendapat tempat terakhir dalam keputusan peperiksaan. Di tempat lain, Dr.Aaron berjaya meloloskan diri dari penjara menggunakan alat ciptaannya.

Tonton Online Ejen Ali Episod 6 - Misi : BANGKIT

Ejen Ali Episod 06 - Misi : BANGKIT (Bhg 1)

Ejen Ali Episod 06 - Misi : BANGKIT (Bhg 2)

Ejen Ali Episod 06 - Misi : BANGKIT (Bhg 3)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close