Ejen Ali Episod 5 - Misi : BLUEPRINT


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen wanita jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 5

Dos dan Trez telah menceroboh masuk ke dalam fasiliti agensi M.A.T.A untuk mencuri blueprint I.R.I.S, namun telah dihalangi oleh ejen Bakar dan ejen Rizwan. Dalam pergelutan yang berlaku Dos dan Trez telah berjaya melarikan diri. Sementara itu di sekolah, kelas Ali menjadi kecoh kerana Comot telah mengikut Ali ke sekolah.

Para ejen M.A.T.A telah diberi arahan untuk menghalang Dos dan Trez daripada mendapatkan blueprint I.R.I.S yang akan disalah gunakan untuk melakukan aktiviti jahat mereka.


Tonton Online Ejen Ali Episod 5 - Misi : BLUEPRINT

Ejen Ali Episod 05 - Misi : BLUEPRINT (Bhg 1)

Ejen Ali Episod 05 - Misi : BLUEPRINT (Bhg 2)

Ejen Ali Episod 05 - Misi : BLUEPRINT (Bhg 3)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close