Ejen Ali Episod 4 - Misi : COMOT


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen wanita jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 4

Ketua samseng no.1 bandar Cyberaya, kumpulan Abang Bear berminat dengan I.R.I.S yang diperkenalkan oleh Wak Musang. Sementara itu Ali telah menyelamat seekor kucing comot daripada dilanggar kereta. Kucing itu telah mengingatkan Ali kepada kucing peliharaannya iaitu Labu yang telah lama menghilangkan diri. Ali minta izin untuk membela kucing itu daripada ayahnya.

Ali memberi nama kucing itu Comot dan merawat luka di kakinya. Namun tanpa disedarinya kucing itu sebenarnya adalah kucing ujikaji yang telah diubah suai secara genetik oleh kumpulan Abang Bear untuk melakukan aktiviti mencuri. Comot telah mencuri I.R.I.S dan membawa alat itu kepada kumpulan Abang Bear. Ali, Bakar dan Alicia telah pergi menjalankan misi mendapatkan semula I.R.I.S.


Tonton Online Ejen Ali Episod 4 - Misi : COMOT

Ejen Ali Episod 04 - Misi : COMOT (Bhg 1)

Ejen Ali Episod 04 - Misi : COMOT (Bhg 2)

Ejen Ali Episod 04 - Misi : COMOT (Bhg 3)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close