BoBoiBoy Galaxy Episod 4


BoBoiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari penjahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 4

Kelihatan di ruang angkasa planet Gurunda, kapal angkasa milik Adu Du cuba mengesan kedudukan tempat Power Sphera yang ada di planet itu. Namun begitu, disebabkan oleh kelewatan Komputer untuk menjumpai Power Sphera dengan alasan memerlukan lebih masa, lantas Adu Du naik berang. Probe yang kemudiannya menenangkan bosnya dengan ujaran "Bago Go Shop kan ado!"

Bago Go muncul pada skrin komputer dan kali ini mempromosikan alat untuk menjejak Power Sphera atau lebih dikenali sebagai Posferon Go: Bagogo X9-Go dengan percuma. Bago Go mengatakan bahawa gajet tersebut tidak boleh berfungsi tanpa bateri khas lalu menjualnya dengan harga 80 Juta, 80 sen yang mengakibatkan Adu Du terkejut lalu pengsan.

Malam menjelmakan di planet Gurunda, Probe dalam mod Kereta membawa Adu Du yang pengsan sebelum sedar dan melihat bahawa Posferon Go: Bago Go X9-Go yang dibelinya berfungsi. Probe dengan senang hati memberitahu Adu Du bahawa semasa dirinya pengsan, dia menggunakan kad kredit plutonium lalu membelinya. Jawapan Probe mengejutkan Adu Du lalu membebel bahawa hutang makin banyak, tetapi Probe memberi alasan bahawa apa yang penting gajet itu berfungsi.

Sementara itu, di lokasi berbeza BoBoiBoy dan rakan-rakannya sedang berehat di tepi unggun api. BoBoiBoy yang duduk mula mengeluh bahawa sudah 2 hari mereka menjejaki Power Sphera namun gagal.

Secara tiba-tiba, bunyi aneh kedengaran di kawasan berdekatan unggun api dan menakutkan mereka sebelum melihat ada pokok kaktus. Pokok kaktus tersebut bergerak dan mendedahkan identiti sebenarnya iaitu seekor kucing. Ying dan Yaya cuba mengusap kucing tersebut tetapi Gopal bertindak menghalaunya. BoBoiBoy berkata tidak mengapa lalu menawarkan airnya kepada kucing tersebut.

Kucing itu minum air tersebut sehingga habis. Sesudah minum, gelagat kucing itu yang menjilat tubuh badannya menawan hati Ying dan Yaya dan berhasrat untuk membelanya. Tetapi Yaya perasan akan kewujudan loceng di lehernya dan mengatakan mungkin kucing ini mempunyai tuan. BoBoiBoy perasan jam kuasanya ada tanda-tanda mengalami kerosakan.

Sementara, gajet yang dibeli Adu Du telah berfungsi mununjukkan kehadiran Power Sphera dalam gua dan mengarahkan Probe untuk mengeluarkan alat untuk menangkap Power Sphera tetapi malangnya dia telah diserang makhluk misteri. Pagi menjelmakan di Planet Gurunda dan BoBoiBoy bersama rakan-rakannya sampai ke gua tersebut dan Ochobot berjaya mengesan isyarat Power Sphera namun gagal kerana isyarat Power Sphera itu semakin lemah. Kemudian, tiba-tiba mereka mendengar suara misteri dari pintu gua yang menambahkan ketakutan mereka.

Kemudian satu lembaga muncul di mulut gua sebelum rebah. Mereka semua terkejut lalu pergi membantu lembaga tersebut. Ochobot sempat mengimbas pakcik itu dan mengetahui bahawa pakcik itu adalah penduduk asli di planet Gurunda. Setelah minum, pakcik itu kembali bertenaga lalu mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy dan rakan-rakannya.

Kemudian, BoBoiBoy menanya siapa nama pakcik kaktus itu dan apa dia buat di tempat begitu. Pakcik kaktus pada mulanya memberitahu namanya dan kemudian keturunannya dengan panjang lebar yang teramat sehingga membuat BoBoiBoy dan rakan yang lain kebosanan.

Selepas selesai penjelasan, lalu, BoBoiBoy bertanya tujuan Pakcik kaktus datang ke situ? Dan dijelaskan oleh Pakcik kaktus bahawa dia ke situ dengan misi mencari bantuan luar kerana kampungnya telah diserang! BoBoiBoy terkejut mendengarnya, namun terhenti apabila Pakcik kaktus merayu mereka supaya membantunya, sehingga dia memeluk BoBoiBoy dan Gopal dengan erat. Dalam keadaan terseksa, mereka berdua meronta-ronta kesakitan kerana tusukan duri-duri pada tubuh Pakcik kaktus. Akhirnya BoBoiBoy bersetuju untuk membantu.

Setelah memasuki kampung tersebut, keadaan sunyi membingungkan BoBoiBoy lalu bertanya akan keberadaan penduduk lain dan Pakcik itu menjawab sambil menunjukkan ke arah bukit yang semua penduduk mencari perlindungan di situ. Kemudian, seorang anak Pakcik berlari ke arahnya dalam keadaan tergesa-gesa lalu memberitahu bahawa satu lagi rumah telah diserang lagi! Berita itu mengejutkan mereka semua lalu bergegas ke lokasi tersebut. Setelah meneliti kawasan kemusnahan, mereka sempat menanyakan gerangan si penyerang lalu anak pakcik itu menjawab bahawa semua perkara ini terjadi angkara raksasa Gurunda.

BoBoiBoy bertanyakan tentang makhluk itu kepada Pakcik kaktus itu lalu dibalas dengan panjang lebar yang mengatakan kehadiran raksasa tersebut kerana kehausan. Pakcik kaktus terus menyambung ceritanya mengatakan sumber air raksasa itu dahulu daripada pokok-pokok kaktus namun pokok itu kini telah bertukar menjadi getah-getah aneh.

Gopal sempat menyoal perbuatan tersebut angkara siapa tetapi disapa oleh Ying itu adalah kerja Gopal sebenarnya, lalu dibalas semula oleh Gopal bahawa Yinglah yang menyuruhnya menukarkannya. Pakcik kaktus itu mula mengesyaki sesuatu tetapi dicelah oleh BoBoiBoy yang berazam ingin menangkap raksasa berkenaan. Seluruh penduduk kampung Kaktoi kegembiraan lalu memeluk Gopal sebagai tanda terima kasih. Yaya sempat bertanyakan cara yang akan mereka gunakan untuk menangkap Raksasa tersebut lalu disambut oleh Ying bahawa dia ada idea.

Di lokasi berbeza dalam kapal angkasa Adu Du, Adu Du dan Probe telah pulang dari berburu dalam keadaan berbalut dan segera menyuruh Komputer untuk menghubungi Bago Go Shop. Adu Du segera bertanyakan senjata terbaik untuk menangkap binatang buas lalu Bago Go dengan senang hati menjawabnya iaitu keberanian lalu mempromosikan Kismis Minda Pak Goro. Adu Du tampak marah lalu menolak dan inginkan senjata yang canggih dan sanggup berhutang demi Power Sphera.

Setelah lama menunggu raksasa Gurunda muncul, mereka meneliti kembali rancangan mereka agar tidak gagal lalu Yaya perasan akan kehadiran kucing tadi sedang minum diperangkap mereka lalu BoBoiBoy bergegas kearahnya cuba mengusirnya namun sempat diberi amaran oleh pakcik kaktus akan kehadiran raksasa itu. BoBoiBoy terkejut dan tercari-cari raksasa itu lalu pakcik itu mengatakan bahawa kucing itulah raksasanya. Tiba-tiba terdengar dentuman bunyi senjata api.


Di celahan batu, Adu Du sedang mengendali selaras sniper mengeluh akan tembakannya yang tersasar. BoBoiBoy perasan akan tindakan Adu Du dan cuba untuk menghentikannya. Namun Adu Du berkeras dan menginginkan Power Sphera itu yang mengejutkan Ochobot lalu mengimbas kucing itu. BoBoiBoy tampak geram akan perbuatan Adu Du lalu cuba untuk berubah namun jam kuasanya masih lagi rosak. Adu Du menembak kucing itu dengan tembakan dart penenang tetapi sempat diselamatkan oleh BoBoiBoy yang akhirnya mengenai dirinya. Dalam keadaan lemah BoBoiBoy berjaya menyelamatkan kucing tersebut.

Kucing itu tampak marah dan menjadi agresif serta tiba-tiba membesar lalu menyerang Adu Du. Pada masa yang sama, setelah mengimbas kucing itu Ochobot menyuruh Ying dan Yaya untuk mempertahankan kucing itu tetapi dihalang oleh Probe yang bertukar mod dan melancarkan kesemua peluru berpandu ke arah mereka. Tetapi Ying dan Yaya mampu menandingi peluru tersebut lalu meninggalkan Gopal untuk menyelesaikannya. Gopal bertindak mengubah peluru itu kepada gula-gula getah lalu mengenai pokok kaktus dan turut mengubahnya. Penduduk tempatan berang akan aksi Gopal lalu memarahinya.

Pertarungan Ying dan Yaya dengan Mecha Probe kian sengit namun dapat dikalahkan oleh Mecha Probe dengan Tembakan Tenaga Pengikat yang mengikat mereka dan melemahkan mereka. kucing itu pula ingin menyerang Adu Du namun dapat dihalang oleh Probe dengan pengikat buat sementara tetapi naluri kucingnya telah menjadikan Probe barang permainannya.

BoBoiBoy dalam keadaan lemah melihatnya dan mengatakan memang macam perangai kucing yang didengari oleh Adu Du dan mendapat satu idea. Adu Du mengumpan kucing itu dengan pancaran laser menuju ke perangkapnya. Setelah berada di kawasan perangkap, lalu Adu Du bertindak mengatifkan Kuasa eletrik yang melemahkan kucing itu dan mengubahnya kepada normal. BoBoiBoy pula akhirnya jam kuasa berfungsi semula lalu berpecah kepada tiga dengan BoBoiBoy Angin menolak Adu Du menjauhi kucing itu.

Adu Du berang lalu mengarahkan Probe menghapuskan mereka. Mecha Probe bertindak melepaskan Tembakan Tenaga Pengikat tetapi dapat diatasi oleh BoBoiBoy Petir dengan kuasa Tetakan Pedang Petir kepada Mecha Probe. Adu Du mengambil kesempatan itu untuk mencapai kucing tersebut tetapi dihalang oleh BoBoiBoy Tanah mengenakan kuasa Tanah Tinggi bertubi-tubi ke arah Adu Du dan Probe. Mencampak mereka ke udara lalu mengalahkannya.

Senja menjelma di planet Gurunda. Pokok gula-gula getah kaktus telah ditukarkan semula seperti asal oleh Gopal. Pakcik kaktus berterima masih kepadanya sambil disertai dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

BoBoiBoy dengan kebingungan menanya OchoBot, kenapa Adu Du mengatakan tentang Power Sphera sebentar tadi. Lalu dijawab oleh OchoBot bahawa loceng di leher kucing itu bukan loceng biasa tetapi itulah Power Sphera yang dicari-cari oleh BoBoiBoy dan kawan-kawan! Power Sphera itu mula bersuara dan memperkenalkan dirinya sebagai BellBot, iaitu Power Sphera yang mempunyai Kuasa Transformasi Pembesaran. BoBoiBoy bertanya mengapa tidak BellBot memberitahu kepadanya sewaktu berjumpa pada malam sebelumnya. BellBot menjelaskan dia mempunyai anggapan yang BoBoiBoy dan kawan-kawan adalah Pemburu Power Sphera yang jahat.

BellBot kemudiannya menceritakan kisahnya dengan Cattus, makhluk pertama yang dijumpainya di planet Gurunda. BellBot dan Cattus sentiasa bersama, namun disebabkan oleh BellBot sering diburu, jadi Cattus diberikan Kuasa Pembesaran untuk menghadapi musuhnya. BoBoiBoy sempat mempelawa BellBot untuk mengikut mereka pulang, tetapi ditolak kerana mereka perlukan antara satu sama lain. Ying mula berkata, semestinya Komander Koko Ci akan memrahi mereka kerana tidak dapat membawa pulang Power Sphera BellBot. Tetapi BoBoiBoy yakin, pasti Komander Koko Ci akan memahami keadaan. OchoBot juga turut gembira atas selesainya misi pertama, lalu mengajak yang lain pulang ke Bumi.

OchoBot pun membuka teleportal yang akan membawa dirinya dan yang lain pulang ke Bumi. Setibanya mereka di kapal angkasa Cici Ko, Gopal lega apabila dia tidak perlu melihat kucing ganas (Cattus) itu lagi. Namun, tiba-tiba kedengaran suara BellBot dan BoBoiBoy berasa terkejut apabila mendapati Cattus mengikuti mereka pulang. Tampaknya, Cattus menyukai akan BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Tonton Online BoBoiBoy Galaxy Episod 4

BoBoiBoy Galaxy - Episod 04
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close